Monday, September 20, 2010

Laporan Projek Permata Baling (IMAM Ireland Baling Relief Mission 2) 2010

Projek Permata Baling 2010
29 Julai - 2 Ogos 2010

Aktiviti Projek Permata Baling
Tarikh   : 29 Julai 2010


 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·         9.00  pagi – 12.00 tgh hari
-          Sesi gotong royong di rumah penduduk kampung
-          Ahli BRM dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kawasan masing-masing
-          Ahli BRM membantu membersihkan kawasan rumah penduduk kampung dan mendedahkan penduduk kampung serba sedikit mengenai kebersihan dan bahaya denggi

·         3.00 ptg – 6.00 ptg
-          Sukaneka bersama-sama penduduk kampung
-          Penduduk yang terlibat adalah dari golongan kanak-kanak
-          Murid-murid sekolah rendah dijemput untuk memeriahkan sukaneka
-          Hadiah saguhati disediakan untuk semua aktiviti yang dijalankan

·         7.30 ptg – 9.00 mlm
-          Majlis bacaan yasin bersama-sama penduduk kampung
-          Ahli BRM dan keluarga angkat masing-masing hadir di masjid untuk mengimarahkan majlis



Tarikh   : 30 Julai 2010

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·         9.00 pagi – 11.00 pagi
-          Sesi lawatan ke rumah-rumah penduduk kampung yang berpendapatan rendah dan hidup susah
-          Ahli BRM melawat 3 buah rumah yang penghuninya hidup susah dengan harapan agar lawatan yang dijalankan dapat menggembirakan mereka dan meringankan serba sedikit beban tanggungan mereka
-          Beberapa peralatan kebersihan seperti sabun mandi, ubat gigi dan sabun basuh diberikan kepada mereka
-          Sumbangan wang juga diberikan oleh beberapa ahli BRM kepada mereka

·         11.00 pagi – 12.00 tgh hari
-          Sesi taaruf ahli-ahli BRM
-          Ahli BRM bersama-sama Imam Zawawi kampung bertaaruf di kawasan lapang di tepi sungai untuk mengenali ahli dengan lebih baik
-          Imam Zawawi juga menceritakan hal-hal kesusahan masyarakat serba sedikit dan masalah sosial remaja kampung yang sukar dibendung

·         3.00 ptg – 5.00 ptg
-          Ceramah kesihatan untuk penduduk kampung
-          Ceramah yang bertajuk gaya hidup sihat telah disampaikan oleh seorang ahli BRM, saudara Muhammad Afiq Izzudin, pelajar tahun ke-4 Royal Collage of Surgeon, Ireland
-          Saudara Afiq membentangkan serba sedikit mengenai cara hidup seharian yang sihat contohnya seperti pengambilan makanan pada kadar yang betul dan waktu yang tepat, perkaitan antara ibadat, kesihatan dan pemakanan dan lain-lain
-          Beberapa soalan daripada penduduk kampung telah dikemukakan. Mereka bertanya hal-hal berkaitan hidup seharian mereka, sakit-sakit yang dialami dan bagaimana mencegah sebarang penyakit



Tarikh   : 31 Julai 2010

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·         9.00 pagi – 5.00 ptg
-          Klinik kesihatan (kiosk dan mobile), pemeriksaan gigi percuma, derma darah dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
-          Klinik kesihatan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu klinik kiosk, klinik bergerak dan klinik wanita
-          Klinik kiosk menjalankan pemeriksaan am kesihatan seperti pengiraan BMI, tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada pelajar tahun akhir dan doktor-doktor yang terlibat
-          Klinik bergerak juga menjalankan pemeriksaan yang sama di setiap rumah yang mereka lawati
-          Klinik wanita menawarkan pemeriksaan pap smear bagi penduduk wanita
-          Pemeriksaan gigi percuma turut mendapat sambutan yang baik daripada golongan dewasa mahupun kanak-kanak
-          Derma darah oleh penduduk kampung dan ahli BRM juga mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah melepasi target 10 orang
-          Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bertujuan untuk membantu ibubapa yang hadir untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan
-          Kesemua ahli BRM bekerja sebaik mungkin menjalankan pemeriksaan terhadap penduduk kampung yang hadir disamping mempelajari ilmu-ilmu perubatan secara praktikal

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·         8.30 pagi – 10.00 pagi
-          Sesi motivasi bersama-sama murid-murid dari Sekolah Rendah Bukit Iboi
-          ‘talk’ ringkas disampaikan oleh saudara Fahmi bertajuk “impian”
-          Sesi bersama-sama fasi diadakan untuk sebarang pertanyaan dan perbincangan mengenai pengurusan pelajaran
-          Fasi memberikan sokongan dan galakan untuk adik-adik belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian mereka

·         3.00 ptg – 6.30 ptg
-          Sesi motivasi bersama-sama pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
-          ‘talk’ ringkas disampaikan oleh saudara Fahmi bertajuk “Mat Jenin”
-          Fasi memberikan nasihat dan galakan kepada para pelajar untuk peperiksaan SPM yang akan dating
-          Fasi turut memberikan nasihat kepada para pelajar dalam pengajian tinggi dan kerjaya di masa hadapan


Tarikh   : 2 Ogos 2010

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·         11.30 pagi – 12.30 tgh hari
-          Sesi penutup
-          Sumbangan wang dan barang keperluan dapur disampaikan kepada penduduk kampung yang miskin dan kurang upaya

·         12.30 tgh hari – 4.00 ptg
-          Ahli-ahli BRM meluangkan masa bersama-sama sebelum pulang ke rumah kediaman masing-masing
-          Ahli BRM mengadakan BBQ dan jamuan yang turut dihadiri oleh ibubapa angkat masing-masing 

No comments:

Post a Comment