Monday, September 20, 2010

IMAM Medical Symposium 2010

IMAM UK IRELAND SYMPO 2010 adalah sebuah kongres yang sudah menjadi acara tahunan bagi Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM). IMAM ditubuhkan pada tahun 1989 dan dikenali sebagai salah satu daripada persatuan perubatan terbesar di Malaysia. Ahlinya terdiri daripada doktor, paramedik dan juga pelajar-pelajar yang sanggup memegang tanggungjawb menjalankan kerja amal di luar tanggungjawab kerja mereka.
IMAM Ireland UK Sympo 2010 adalah simposium ke 7 selepas kejayaan 6 simposium sebelumnya. Program ini mendapat rapport yang baik dari tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti Perdana Menteri Malaysia.
Menyedari akan kepentingan melahirkan graduan perubatan yang kompeten, inovetuv dan berdiplomatik, simposium pada tahun ini menekankan tema “The twisted tales of medicine, unravel the myths creating a legend”. Ia menyediakan 3 slot kepada peserta. Iaitu, kehidupan seorang pelajar, kehidupan awal seorang doktor dan juga sumbangan doktor, dan semua ini diadunkan dengan Islam untuk melahirkan modal insan yang berwibawa pada masa akan datang. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan untuk melahirkan golongan profeesional yang berupaya memberi sumbangan bukan saja kepada rakyat Malaysia, bahkan kepada penduduk Islam dan dunia seluruhnya.
Aktiviti ini akan disertai oleh lebih kurang 200 orang peserta yang datang dari pelbagi negara. Penyertaan peserta pada kali ini diharapakan dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan kita sebagai bakal golongan Proffesional Islam. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di http://imamsympo2010.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment