Monday, September 20, 2010

Cambodia Relief Mission 2009


CRM 2009
Cambodia Relief Mission 2009: –
Cambodia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 14 juta orang. Rata-rata penduduk negara ini menganut agama Buddha, namun, agama Islam juga subur di negara ini. Kemboja bersempadan dengan Laos, Thailand dan Vietnam. Cambodia Relief Mission adalah aktiviti tahunan yang dimulakan pada tahun 2006. Cambodia Relief Mission 2009 adalah misi kemanusiaan yang keempat setelah kejayaan misi kemanusiaan sebelumnya. Kebiasaannya, seramai 10 hingga 15 orang wakil yang terpilih akan membawa nama IMAM pada misi kemanusiaan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan sewaktu Cambodia Relief Mission yang sebelumnya adalah pembahagian ubat-ubatan dan khidmat berkhatan. Penderitaan dan kemiskinan penduduk Kemboja menyebabkan ada antara mereka yang tidak mendapat khidmat kesihatan yang baik. Ramai penduduk di Malaysia pada masa ini tidak sedar akan masalah kemiskinan yang dialami, kerana taraf hidup penduduk di Malaysia yang agak baik. Namun, misi kemanusiaan ini membuka mata peserta akan kemiskinan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Kemboja. Pengalaman berharga ini banyak mengubah peserta misi kemanusiaan ini ke arahmenjadi doktor yang berwibawa pada masa akan datang.
Kehadiran wakil IMAM ke Kemboja pada tahun 2009 bukan hanya untuk menyediakan khidmat perubatan dan berkhatan, peserta Cambodia Relief Mission 2009 membawa azam untuk membantu penduduk kemboja melalui bantuan moral dan keagamaan. Peserta berharap dengan kedatangan mereka ke negara itu boleh memberi sinar harapan kepada mereka untuk terus maju mencari kejayaan di dunia & di akhirat (kepada mereka yang beragama Islam).
Maklumat lebih lanjut untuk aktiviti yang dijalankan sewaktu Cambodia Relief Mission 2009 boleh didapati di http://crm09.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment