Friday, October 22, 2010

Majlis Tertinggi IMAM Ireland Student Chapter 2010/2011

imambanner.jpg picture by silent_1412
Assalamualaikum wbt kepada semua ahli IMAM Ireland sekalian,

Alhamdulillah, selesai sudah majlis AGM dan pilihanraya untuk tanzim yang baru. Secara rasminya ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) memikul amanah dan tanggungjawab mulai hari ini sehingga AGM yang akan datang. Di sini saya sertakan senarai MT yang telah dilantik melalui undian pilihanraya sebentar tadi. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Monday, October 18, 2010

Penamaan Calon IMAM Ireland Student Chapter oleh SPR



IMAM Ireland Student Chapter

                      Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli IMAM Ireland yang dihormati sekalian. Setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi kerana beberapa hari lagi Mesyuarat Agung Tahunan IMAM Ireland Student Chapter akan berlangsung, inshaAllah. Barisan kepimpinan sesi 2009/2010 akan berundur dan bakal digantikan dengan saf Majlis Tertinggi (MT) yang baru bagi sesi 2010/2011.
 
                      Sehubungan itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan ini secara rasminya membuka sesi penamaan calon bermula pada hari Isnin, 18 oktober 2010. Jawatan-jawatan yang akan dipertandingkan adalah :
 
1. Presiden
2. Naib Presiden
3. Setiausaha I dan II
4. Bendahari
5. 4 orang Exco
 
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :
 
1. Pencalonan adalah terbuka kepada semua ahli IMAM Ireland yang berdaftar secara sah dan telah menjelaskan yuran keahlian. Calon-calon perlu memegang jawatan jika menang pilihan raya selama satu penggal, iaitu sehingga Oktober 2011.
 
2. Calon perlu seorang yang mengamalkan islam sebagai cara hidup dan berakhlak dengan akhlak islami.
 
3. Ciri-ciri calon termaktub seperti dalam artikel Perlembagaan Rasmi IMAM UK Eire.
 
4. Seorang calon bebas bertanding untuk mana-mana jawatan yang dipertandingkan juga bebas untuk memilih satu atau lebih jawatan yang diingini untuk bertanding.
 
5. Tiada had umur dan tahun yang membolehkan atau tidak membolehkan calon bertanding.
 
6. Pencalonan calon perlu seorang atau lebih menyokong pencalonan itu. Jika tiada, pencalonan itu batal dan ditolak secara automatik.
 
7. Calon perlu hadir pada sesi pemilihan dan wakil tidak dibenarkan sama sekali, dalam apa jua keadaan.
 
8. Calon tersebut perlu mendapat undi majoriti daripada ahli dewan yang hadir dan mengundi pada sesi pemilihan ketika Mesyuarat Agung Tahunan.
 
9. Apabila calon itu telah dipilih untuk memegang satu-satu jawatan, calon tidak boleh menukar jawatan selain daripada apa yang telah dipertandingkan.
 
10. Penukaran hanya boleh dilakukan dalam satu sesi Mesyuarat Agung Khas yang boleh dipanggil oleh Presiden pada bila-bila masa atau bila perlu.
 
Borang penamaan calon perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Ketua SPR selewat-lewatnya pada hari Khamis, 21 Oktober 2010 jam 11.55 malam. Borang tersebut boleh didapati di sini.

Sekian, terima kasih.
 
 
“Sesungguhnya aku dipilih menjadi ketua kamu dan bukan aku yang terbaik di kalangan kamu apabila aku melakukan kebaikan maka tolonglah aku dan sekiranya aku melakukan kesalahan maka tegurlah aku”
Saidina Abu Bakar as-Siddiq
 
Nur Erni Suryani Meor Mohd Zumir,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
IMAM Ireland Student Chapter 2010
erny_gemini89@yahoo.com.my

Monday, October 11, 2010

IMAM Ireland AGM 2010

Assalamualaikum

Announcing
 IMAM Ireland Student Chapter
Annual General Meeting 2010

Click for larger picture

Date: 22 October 2010
Time: 6 pm - 10 pm
Venue: Royal College of Surgeons in Ireland 

Updates will be released from time to time.